comscore
Tumpuan :
Nasional

Kebakaran bengkel kereta, suami isteri maut

KUCHING: Pasangan suami isteri maut dalam kebakaran di sebuah bengkel kereta, di Jalan Datuk Bandar Mustapha, di sini awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam empat pagi itu, mangsa dikenal pasti Chin Ah Jon, 70 tahun dan isterinya Lim Gek Hue, 60 tahun yang mendiami premis berkenaan.

Pengarah Bomba dan Penyelamat Sarawak, Datuk Khiruddin Drahman berkata, mayat lelaki itu ditemukan di kawasan ruang tamu.

Manakala mayat wanita dijumpai di bawah runtuhan di dalam bilik tidur.

Kebakaran dipercayai bermula di kawasan dapur di bengkel terbabit.

Kebakaran turut membabitkan sepuluh kenderaan termasuk enam kenderaan musnah.

Mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini