comscore
Tumpuan :
Nasional

Kebakaran Flat Sri Sabah tiada unsur jenayah – Polis

Tangkap layar daripada video penstriman langsung TikTok yang menunjukkan kebakaran di Flat Sri Sabah Ahad lalu.

KUALA LUMPUR: Tiada unsur jenayah membabitkan insiden kebakaran yang memusnahkan lima buah rumah di Flat Sri Sabah, Cheras di sini Ahad lalu.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid berkata, siasatan awal dijalankan pihak bomba setakat ini tidak menemui unsur jenayah.

“Kalau ada (unsur jenayah) bomba akan maklumkan pada kita. Semua rumah (terbabit) mempunyai penduduk (pemilik) cuma semuanya selamat,” katanya selepas Perhimpunan Bulanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur di sini hari ini.

Terdahulu media melaporkan enam buah unit kediaman di blok 70 Flat Sri Sabah musnah dijilat api.

Susulan itu, pihak JBPM mengesahkan lima buah rumah musnah 85 peratus sehingga 97 peratus manakala satu lagi berjaya diselamatkan.

JBPM Kuala Lumpur berkata, api berjaya dipadamkan jam 11.22 malam tadi dan siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenalpasti punca kejadian.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini