comscore
Tumpuan :
Nasional

Kebakaran: Kilang proses minyak pelincir musnah 90 peratus

Anggota bomba memadam kebakaran membabitkan kilang memproses minyak pelincir di Kampung Ekor Kuching, Padang Serai. Foto ihsan BBP Kulim Hi-Tech.

KULIM: Hampir 90 peratus premis kilang memproses minyak pelincir di Kampung Ekor Kuching, Padang Serai musnah dalam kebakaran pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kulim, Penolong Kanan Penguasa Bomba Azmir Hassan berkata api berjaya dikawal pada jam 11.09 pagi.

Operasi pemadaman membabitkan sepasukan anggota BBP Kulim Hi-Tech serta turut dibantu pasukan BBP Tasek Gelugor dan BBP Kepala Batas serta Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Kampung Selamat dari Pulau Pinang dan PBS Lunas di sini.

Tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan.

Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih disiasat.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini