comscore
Tumpuan :
Jenayah

Warga emas rugi RM1.2 Juta, diperdaya Macau Scam

Oleh: Kadir Edison

MIRI: Seorang warga emas mengalami kerugian RM1.2 Juta selepas terpedaya dengan penipuan ‘Macau Scam’.

Mangsa dihubungi seorang lelaki kononnya anggota polis yang mendakwa warga emas berkenaan terlibat dengan pengambilan ubat terlarang dan penggubahan wang haram.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri berkata ia bermula apabila mangsa yang berumur 66 tahun dihubungi lelaki berkenaan yang mengaku dari Kementerian Kesihatan (KKM) sebelum menyambungkannya kepada dua lagi anggota sindiket berkenaan yang mengaku anggota polis dari Kota Kinabalu.

 

Katanya, suspek mengatakan mangsa telah terlibat dengan aktiviti penggubahan wang haram dan tangkapan akan dibuat ke atas mangsa.

“Mangsa menafikan dakwaan itu dan memohon agar dirinya tetap berada di Miri semasa siasatan terbabit dijalankan kerana dia menghidap kanser usus.

“Suspek kemudiannya meminta mangsa memberikan maklumat perbankan dan kewangan miliknya sebelum diarahkan oleh suspek untuk membuka dua akaun baharu atas nama mangsa.” katanya menerusi satu kenyataan.

Beliau berkata, mangsa yang terperdaya dengan suspek telah membuka dua akaun bank terbabit dan memberikan maklumat perbankan berkaitan kepada suspek.

Semasa tempoh terbabit mangsa telah melakukan sebanyak empat transaksi pemindahan wang ke dua akuan itu yang berjumlah keseluruhan RM1.2 juta.

Mangsa menyedari dirinya diperdayakan oleh sindiket apabila mendapati wang di kedua-dua akaun itu telah dipindahkan secara berperingkat ke akaun lain antara 19 April hingga 3 Mei lalu.

“Mangsa kemudiannya membuat laporan untuk sisatan lanjut kerana  telah ditipu oleh suspek,” katanya.

Loading...
Terkini