comscore
Tumpuan :
Nasional

Kekosongan kerusi Parlimen Pulai dimaklumkan kepada SPR

KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat hari ini mengemukakan pemberitahuan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung kekosongan luar jangka kerusi Parlimen P 161 Pulai, Johor berikutan kematian penyandangnya, Datuk Seri Salahuddin Ayub.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Johari Abdul berkata selaras Perkara 54 Fasal (1) Perlembagaan Persekutuan, pihak SPR hendaklah mengisi kekosongan kerusi berkenaan dalam tempoh 60 hari dari tarikh dipastikan suruhanjaya itu bahawa ada kekosongan.

Artikel berkaitan: Salahuddin meninggal dunia

“Saya selaku Yang Dipertua Dewan Rakyat telah mengemukakan suatu pemberitahuan bertarikh 25 Julai 2023 kepada Pengerusi SPR bahawa Yang Berhormat Datuk Seri Salahuddin Ayub, Ahli Parlimen Pulai, Johor telah meninggal dunia pada Ahad, 23 Julai 2023,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Salahuddin, 61, yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup menghembuskan nafas terakhir di Hospital Sultanah Bahiyah di Alor Setar pada jam 9.23 malam kelmarin selepas ditidurkan susulan pembedahan akibat pendarahan otak.

Timbalan Presiden AMANAH itu meninggalkan isteri, Datin Seri Fatimah Taha dan enam anak termasuk empat lelaki.

Loading...
Terkini