comscore
Tumpuan :
Nasional

Rafizi bentang Kertas Putih Cadangan Gaji Progresif  di Dewan Rakyat

Foto hiasan 

KUALA LUMPUR: Kertas Putih Cadangan Dasar Gaji Progresif dibentangkan di Dewan Rakyat hari ini dalam usaha memastikan pekerja mendapat gaji lebih tinggi seiring peningkatan produktiviti.

Kertas Putih yang dibentangkan Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli mengandungi tiga ciri utama iaitu dilaksanakan secara sukarela, berteraskan insentif dan peruntukan yang disuntik kerajaan serta tanggungjawab pekerja dalam meningkatkan produktiviti.

Rafizi berkata, Dasar Gaji Progresif diperkenalkan untuk mereformasi struktur gaji pekerja Malaysia dan sebagai pelengkap kepada dasar sedia ada, iaitu Dasar Gaji Minimum dan Sistem Upah yang Dikaitkan dengan Produktiviti (PLWS).

“Model Dasar Gaji Progresif yang akan diperkenalkan ini membabitkan peningkatan gaji secara progresif seiring peningkatan produktiviti pekerja.

“Dasar ini akan memberi manfaat bukan saja menerusi peningkatan kemahiran pekerja, malahan majikan juga akan memperoleh faedah melalui peningkatan produktiviti, kesetiaan pekerja dan daya saing syarikat.

“Hasrat utama kerajaan untuk mewujudkan pasaran bakat yang lebih rancak, iaitu memastikan majikan menawarkan gaji berdasarkan penetapan gaji progresif mengikut sektor untuk menarik minat bakat yang diperlukan dalam perniagaan mereka,” katanya.

Loading...
Terkini