comscore
Tumpuan :
Nasional

Kenaikan gaji penjawat awam 35 peratus pada 2007 perlu dilihat dalam konteks berbeza – Fahmi

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil

PUTRAJAYA: Kenaikan gaji penjawat awam hingga 35 peratus pada 2007 perlu dilihat dalam konteks berbeza, berdasarkan jumlah penambahan gaji dan keadaan ekonomi.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil yang juga jurucakap kerajaan berkata, ketika diumumkan pada tahun tersebut kenaikan itu hanya melibatkan kakitangan awam gred paling rendah.

Katanya, ketika itu tangga gaji bagi kumpulan pelaksana dua yang berada di Gred 1 sekitar RM800 sebulan sahaja.

“Bagi yang menyebarkan (kenaikan) 35 peratus pada 2007, ada dua perkara sangat penting. Mereka hanya baca tajuk sahaja, 35 peratus pada waktu itu merujuk penjawat awam dalam kumpulan pelaksana dua gred satu.

“Waktu itu, gred satu pada 2007, pendapatan RM800 sebulan. Keadaan ekonomi jauh berbeza. Kalau nak diungkit, kena berlaku adil, konteksnya berbeza,” katanya selepas perasmian pejabat Pakatan Harapan (PH) malam tadi.

Fahmi berkata demikian bagi menjelaskan kenaikan gaji lebih 13 peratus penjawat awam yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam sambutan Hari Pekerja pagi semalam merupakan antara kenaikan tertinggi dalam sejarah.

Beliau berkata, kumpulan penjawat awam dalam kumpulan tertinggi pada 2007 hanya menerima kenaikan gaji sekitar 7.5 peratus.

“Kalau nak dibandingkan itulah konteksnya, kenaikan 35 peratus (waktu itu) hanya 1/4 daripada cerita penuh, angka disebut perdana menteri hari ini lebih tinggi daripada kali terakhir Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) dikaji semula. Apapun bermula 1 Disember, penjawat awam dapat gaji lebih,” katanya. – BERNAMA

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini