comscore
Tumpuan :
Nasional

Kerajaan Johor belanja RM15 juta naik taraf dan selenggara sekolah

Oleh: Zahir Senapiah

KULAI: Kerajaan Johor membelanjakan kira-kira RM15 juta bagi menaik taraf, menyelenggara infrastruktur dan bangunan membabitkan 100 buah sekolah di negeri Johor sejak tahun 2022.

Exco Pendidikan dan Penerangan Johor, Aznan Tamin berkata, ianya bertujuan menyediakan persekitaran pendidikan yang kondusif.

“Hari ini kerajaan negeri bersetuju menyalurkan bantuan RM80,000 kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tunku Abdul Rahman Putra, Kulai untuk kerja penggantian pintu, tingkap serta baik pulih siling sekolah berusia 53 tahun ini” katanya selepas melawat sekolah berkenaan pagi tadi.

Ujarnya, kerajaan negeri akan terus memantau sekolah-sekolah lama berusia lebih daripada 50 tahun di seluruh negeri ini, yang memerlukan penyelenggaraan segera sebagai langkah pemerkasaan infrastruktur demi keselamatan dan keselesan warga pendidikan.

Turut mengiringi beliau dalam lawatan ini, Pengetua SMK Tunku Abdul Rahman Putra.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini