comscore
Tumpuan :
Nasional

Kerajaan pertimbang gaji graduan TVET minimum RM4,000

Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Kerajaan sedia mempertimbangkan cadangan gaji graduan Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) ditawarkan lebih RM4,000.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, ia antara yang diberi perhatian dalam usaha memperkasakan institusi TVET di Malaysia.

“Terdapat saranan agar gaji premium itu bukan berasaskan gaji minimum, tetapi satu tahap tertinggi yang dicadangkan RM4,000 ke atas.

“Untuk itu, secara tidak langsung ini akan menggalakkan para pelajar masuk ke institusi TVET ini,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian menjawab soalan tambahan Dr Halimah Ali (PN – Kapar) yang membangkitkan isu Majlis TVET Negara dan gaji membabitkan graduan dalam bidang itu.

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata, TVET juga tidak akan dimulakan selepas Tingkatan Lima saja tetapi selepas Tingkatan Tiga, sekali gus menjadi ‘feeder’ kepada institusi itu.

“Ini agar mereka dapat mengambil diploma dan juga ijazah (sarjana muda) dua tahun lebih awal daripada rakan-rakan lain,” katanya.

Menurutnya, semua yang dikemukakan akan diperhalusi dan sebaik dimuktamadkan, ia bakal diumumkan ketika pelancaran Dasar TVET pada 2 Jun nanti.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini