comscore
Tumpuan :
Nasional

Kerajaan teliti cadangan wujud akta kawal selia kutipan derma bencana

Oleh: Juliana Sharin

KUALA LUMPUR: Setakat ini tiada undang-undang khusus yang mengawal selia kutipan dana berkaitan derma bagi bencana yang bukan diuruskan kerajaan.

Atas sebab itu dan mengambil kira pengalaman lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Armizan Mohd Ali, berkata penelitian untuk mewujudkan akta khusus bagi memantaunya sedang dilakukan.

“Sebagaimana diumumkan Perdana Menteri dalam pembentangan yang lepas, tempoh hari, bahawa perlunya semakan mekanisme pengurusan bencana dan sememangnya ini antara perkara sedang diteliti dalam rangka kita mengkaji mekanisme pengurusan dan kerangka perundangan termasuklah kewujudan akta khusus bagi pengurusan bencana dalam negara ini,” katanya.

Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim

Beliau terdahulu menjawab soalan Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim di Dewan Rakyat.

Datuk Seri Shahidan mencadangkan sekurang-kurangnya 95 peratus jumlah kutipan derma bencana oleh NGO diserahkan kepada penerima.

Beliau mendakwa pernah bertemu sebuah NGO yang memberitahu mengambil 12 peratus daripada kutipan berjumlah RM24 juta untuk menampung kos operasi, manakala selebihnya diserahkan kepada penerima sumbangan.

Kerajaan juga disaran menetapkan tempoh untuk mengutip derma kerana ada pihak yang berterusan meminta derma walaupun insiden itu sudah berakhir.

Loading...
Terkini