comscore
Tumpuan :
Nasional

Kerajaan tidak bercadang meminda nilai kompaun kesalahan membiak nyamuk Aedes 

Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa semasa program Madani Fiat dan One Hour Malaysia Clean Up Peringkat Negeri Terengganu 2023 di Program Perumahan Rakyat (PPR), Padang Hiliran hari ini. Foto : NSTP

KUALA TERENGGANU: Kerajaan tidak bercadang untuk meminda nilai kompaun terhadap pemilik premis yang didapati membiak nyamuk Aedes bagi mengekang kes demam denggi di negara ini.

Menurut Menteri Kesihatan, Dr.Zaliha Mustafa, jumlah kumulatif kes demam denggi yang dilaporkan dari Januari sehingga 16 Julai 2023 adalah sebanyak 63,966 kes berbanding 27,914 kes pada tempoh sama tahun lepas, iaitu peningkatan sebanyak 129.2 peratus (36,052 kes).

Bagi tempoh sama, sebanyak 45 kematian telah dilaporkan berbanding 19 kematian pada tahun 2022, iaitu peningkatan sebanyak 136.8 peratus. (26 kematian).

“Buat masa ini kita masih hanya mengekalkan kompaun yang sedia ada ia sebenarnya ia lebih kepada mendidik rakyat sebab kita kompaun lepas tu lupa kalau yang mampu dia bayarlah pastu lupa dan dia buat lagi apa yang perlu kita turun ke lapangan bagi pendidikan hapuskan tempat pembiakan nyamuk dan sebagaianya”, katanya melancarkan Program Madani Afiat & One Hour Malaysia Clean Up Peringkat Negeri Terengganu 2023 di Kuala Terengganu, pagi tadi.

Sementara itu bagi kes demam denggi di negeri Terengganu, sebanyak 138 kes telah dilaporkan bermula Januari sehingga 16 Julai 2023 berbanding 113 kes pada tempoh sama tahun 2022, iaitu peningkatan sebanyak 22.1 peratus.

Manakala, sebanyak satu (1) kematian akibat komplikasi demam denggi telah dilaporkan di negeri Terengganu sehingga kini.

Usaha pencegahan dan kawalan denggi ini juga turut diperkasakan melalui penglibatan pasukan sukarelawan MyCHAMPION COMBI.

Sehingga Jun 2023, sebanyak 3,320 pasukan sukarelawan MYCHAMPION COMBI telah ditubuhkan dengan penyertaan sebanyak 31,065 orang sukarelawan yang terdiri daripada kalangan komuniti di seluruh negara.

Loading...
Terkini