comscore
Tumpuan :
Nasional

Kertas siasatan himpunan jalanan diserah kepada AGC esok

KUALA LUMPUR: Kertas siasatan berhubung penganjuran himpunan jalanan yang diadalan pada 16 September lalu, akan diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara (AGC), esok.

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain seramai 29 individu diambil keterangan bagi membantu siasatan kes itu.

“Polis membuka tiga kertas siasatan iaitu satu membabitkan siasatan ke atas 29 peserta perhimpunan yang dikenalpasti manakala kedua berkaitan penganjuran himpunan dan ketiga membabitkan kenyataan yang dibuat semasa himpunan itu.

“Ketiga-tiga kertas siasatan itu sudah dilengkapkan dan akan diserahkan ke pejabat AGC esok,” katanya dalam sidang media di Bukit Aman di sini, hari ini.

Beliau berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 505 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid dilaporkan berkata, pihaknya sudah merakam percakapan 27 daripada 29 individu.

Beliau dilaporkan berkata, polis menggesa dua individu lagi tampil segera untuk dirakam percakapan.

Loading...
Terkini