comscore
Tumpuan :
Nasional

Kes buli di MCKK: Polis terima arahan khusus AGC bagi lengkapkan siasatan

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri.

IPOH: Polis akan merujuk semula kertas siasatan berhubung kejadian buli di Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) susulan beberapa arahan khusus yang diberikan oleh Jabatan Peguam Negara (AGC).

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, kertas siasatan yang dibuka mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan itu dirujuk kepada Pengarah Pendakwaan Negeri (PPN) Perak pada 6 November lalu.

“Kertas siasatan dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara Putrajaya pada 9 November untuk arahan dan nasihat selanjutnya.

“Pihak Peguam Negara kemudiannya memberikan beberapa arahan khusus untuk melengkapkan siasatan seperti laporan penuh perubatan mangsa dan sebagainya,” katanya kepada media di sini, hari ini.

Menurutnya, susulan itu tindakan sedang diambil oleh pihak Pegawai Penyiasat kes itu untuk merujuk semula kertas siasatan kes berkenaan kepada AGC dalam masa terdekat setelah semua tindakan dan laporan diperolehi.

Sebelum ini, media melaporkan polis menyiasat kejadian buli membabitkan pelajar sekolah berasrama penuh di Kuala Kangsar, berpandukan hantaran yang tular di media sosial.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini