comscore
Tumpuan :
Nasional

Kertas siasatan kes Tun Dr Mahathir dirujuk ke Peguam Negara 

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) sudah melengkapkan kertas siasatan terhadap bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamed bersabit kes penghinaan terhadap Institusi Diraja.

Setiausaha PDRM Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin berkata, kertas siasatan akan dirujuk kepada Pejabat Peguam Negara pada Selasa ini, selari dengan peruntukan perkara 145 (3) Perlembagaan Persekutuan.

“Manakala siasatan berhubung isu Proklamasi Orang Melayu masih di peringkat siasatan bagi rakaman percakapan Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang serta Dr P Ramasamy,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Harian Metro semalam melaporkan Dr Mahathir dirakam percakapan berikutan kenyataan beliau berunsur penghinaan terhadap Institusi Diraja dan Proklamasi Orang Melayu.

Sebelum ini, Abdul Hadi dan beberapa pemimpin PAS dilapor menandatangani dokumen bagi menandakan sokongan mereka terhadap gesaan Mahathir supaya orang Melayu bersatu dan menyelamatkan masyarakat.

Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, Ketua Penerangan Bersatu, Razali Idris dan Ahli Majlis Tertinggi Bersatu, Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid turut menandatangani dokumen itu atas kapasiti peribadi.

Loading...
Terkini