comscore
Tumpuan :
Nasional

Kes denggi di Perak meningkat, satu kematian

PETALING JAYA: Perak merekodkan peningkatan jumlah kumulatif kes demam denggi sejak awal tahun ini iaitu 2,005 kes berbanding 646 kes dalam tempoh sama tahun lalu, iaitu sebanyak 1,409 kes atau 218.1 peratus.

Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Kesihatan dan Hal Ehwal Masyarakat India negeri A. Sivanesan berkata keadaan itu amat membimbangkan malah terdapat satu kematian denggi melibatkan seorang wanita dilaporkan di Kuala Kangsar pada Jun lepas.

“Pesakit yang bergejala harus mendapatkan rawatan segera di fasiliti kesihatan yang terdekat.

“Tindakan untuk mendapatkan rawatan awal adalah penting bagi mengelakkan berlakunya komplikasi dan juga kematian dalam kalangan mereka yang menghidap demam denggi,” katanya.

Katanya kes demam denggi juga sering meningkat ketika musim perayaan atau pilihan raya di mana ramai individu yang bergerak untuk pulang ke kampung dan sebagainya.

Justeru, beliau berkata semua pihak diminta memikul tanggungjawab bersama dalam menjaga kebersihan persekitaran sebagai langkah pencegahan demam denggi.

Loading...
Terkini