comscore
Tumpuan :
Nasional

Kes simbah asid Faisal Halim, lelaki tempatan direman dua hari

 

PETALING JAYA: Seorang lelaki warga tempatan direman selama dua hari bagi membantu siasatan kes simbah asid terhadap pemain pasukan Selangor FC, Muhammad Faisal Abdul Halim.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar@Ismail memaklumkan suspek berusia dalam lingkungan 20-an
direman sehingga esok bagi membantu siasatan.

Permohonan reman dilakukan di Mahkamah Petaling Jaya pagi tadi dan perintah reman dibenarkan oleh Majistret Nur Natasya Mohtarudin.

Jelasnya perintah tahanan reman ke atas pekerja syarikat penapis air terbabit bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan.

Dalam kejadian petang semalam, Faisal diserang individu tidak dikenali sehingga badannya mengalami luka teruk selepas disimbah asid di sebuah pusat membeli belah di Petaling Jaya.

Dia yang kini dirawat di sebuah hospital dilaporkan dalam keadaan stabil.

Loading...
Terkini