comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Kes Siti Kasim: Suspek dipercayai belajar cara buat bom di internet

 

 

KUALA LUMPUR: Suspek yang memasang dua botol plastik disyaki bahan letupan termampat (IED) di bahagian bawah kereta milik peguam Siti Kasim, Jumaat lepas dipercayai mempelajari teknik membuat bahan letupan itu menerusi Internet.

Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata, andaian itu berdasarkan soal siasat yang dijalankan sebelum ini terhadap suspek kes letupan bungkusan di hadapan sebuah restoran di Pandan Indah, Ampang Jaya, Disember lepas yang mengaku mempelajari pembuatan IED di Internet.

Artikel berkaitan: Siasatan kes bom pada kenderaan Siti Kasim, 9 individu dirakam keterangan

“PDRM masih menjalankan siasatan motif pemasangan IED (pada kenderaan Siti Kasim) itu, bila bahan itu dipasang dan siapa suspek yang terlibat kes berkenaan,” katanya kepada Bernama hari ini.

Beliau berkata polis sedang meneliti kamera litar tertutup (CCTV) yang diperoleh dari tempat kejadian bagi mengesan pihak yang bertanggungjawab meletakkan bahan letupan berkenaan di bawah kenderaan Siti Kasim.

Sementara itu, Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain dalam kenyataan memaklumkan setakat ini sembilan saksi telah dipanggil untuk dirakam percakapan bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Jumaat lalu, Siti Kasim membuat laporan polis berhubung penemuan dua botol plastik menyerupai bahan letupan yang diletakkan di brek bahagian tayar belakang kereta jenis Toyota Celica milik peguam dan aktivis sosial itu.

Siti Kasim menyedari objek tersebut ketika menghantar kenderaannya ke pusat servis kereta di Jalan Maarof, kira-kira 12 tengah hari.

Loading...
Terkini