comscore
Tumpuan :
Nasional

Polis syak ada cubaan bunuh Siti Kasim

Siti Kasim menyedari objek yang diletakkan di bahagian tayar itu ketika menghantar kenderaannya ke pusat servis

KUALA LUMPUR: Bom buatan sendiri yang ditemukan di bahagian bawah kereta milik peguam, Siti Kasim di pusat servis kenderaan di Jalan Maarof, Bangsar di sini, disyaki cubaan bunuh.

Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata, polis kini sedang giat mengesan suspek melalui cap jari dan bukti lain yang berkaitan.

Artikel berkaitan: Polis syak ada cubaan bunuh Siti Kasim

“Penemuan objek bom itu adalah satu jenayah serius dan ancaman terbabit umpama cubaan membunuh.

FOTO: NSTP

“Siasatan lanjut sedang dijalankan oleh Polis Kontinjen Kuala Lumpur,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Razarudin berkata, polis mengambil tindakan agresif dalam siasatan dan tidak akan membiarkan individu tidak bertanggungjawab melakukan jenayah sedemikian.

Beliau turut meminta orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan kes berkenaan yang boleh mengganggu siasatan.

Terdahulu, Ketua Polis Daerah Brickfields Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor mengesahkan dua objek ditemui di bahagian bawah kereta Siti Kasim atau nama sebenar Siti Zabedah Kassim adalah alat letupan termampat (IED).

Beliau dilaporkan berkata, ia berdasarkan siasatan dilakukan pihak Unit Pemusnah Bom (UPB).

Pada Jumaat lalu, Siti Kasim dalam siaran langsung Facebook mendakwa keretanya diletakkan objek menyerupai bom.

Siti Kasim berkata, dia menyedari objek yang diletakkan di bahagian tayar itu ketika menghantar kenderaannya ke pusat servis pada 12 tengah hari.

Loading...
Terkini