comscore
Tumpuan :
Nasional

Keseronokan empat sahabat mandi air terjun berakhir tragedi

Pasukan bomba mengangkat mayat mangsa sebelum diserahkan kepada polis. -Foto Ihsan Bomba

IPOH: Seorang daripada empat lelaki yang sedang beriadah di kawasan Air Terjun Kampung Sungai Tonggang, Ulu Kinta di Tambun, dekat sini, ditemui maut akibat lemas.

Menurut Komandan Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tambun, Mohd Johari Tomin, mangsa dikenali sebagai U K Santosh, 18, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pasukan perubatan yang hadir ke lokasi kejadian.

Katanya, mangsa dijumpai oleh Orang Asli di kawasan terbabit sebelum dimaklumkan kepada Tok Batin kampung yang kemudiannya menghubungi bomba kira-kira jam 5 petang tadi.

“Mangsa dipercayai pergi mandi di situ bersama tiga rakannya. Mangsa dipercayai lemas dan dijumpai oleh orang asli di kawasan terbabit.

“Pihak perubatan mengesahkan mangsa meninggal dunia dan mayatnya diserahkan kepada polis,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Loading...
Terkini