comscore
Tumpuan :
Nasional

Kestabilan politik yakinkan banyak industri besar melabur

Oleh: Syafiqah Damanhuri

SHAH ALAM : Kestabilan politik dalam tempoh setahun di bawah pentadbiran Kerajaan Perpaduan berjaya menarik banyak industri besar melabur di negara ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Malaysia juga kembali menjadi perhatian syarikat gergasi kerana dasar jelas kerajaan.

“Kita Alhamdulillah bersyukur kestabilan politik setahun bawah Kerajaan Perpaduan mengundang banyak industri besar.

“Semalam pagi saya pulang dari San Francisco selain bercakap isu Palestin di hadapan Joe Biden, bersama Kementerian MITI dan Kenterian Luar juga turut menemui syarikat gergasi lain,” katanya.

Beliau berucap pada Majlis Anugerah Tangan Emas Perdana Menteri dan Anugerah Tokoh Mahir, di sini, hari ini.

Menurut Perdana Menteri, setiap pelaburan yang diterima akan membuka peluang kepada rakyat untuk menceburi bidang berkemahiran tinggi.

Tambahnya, Malaysia  tidak boleh lagi dikenali sebagai negara yang senang toleransi dengan rasuah dan penyelewengan.

Justeru, beliau mengingatkan setiap dana mesti diurus dan digunakan dengan baik.

Loading...
Terkini