comscore
Tumpuan :
Nasional

Majlis Media Malaysia bakal jadi medium sistem aduan laporan berita – KKD

Oleh : Amirulhakim Lokman & Rusyaidi Hafiz Shahid

KUALA LUMPUR: Majlis Media Malaysia bakal menjadi medium bagi sistem aduan bagi laporan berita yang diterbitkan organisasi media.

Timbalan Menteri Komunikasi Dan Digital, Teo Nie Ching berkata, ia sekali gus berperanan meneliti dan mencapai keputusan bagi setiap aduan yang diterima.

“Dalam RUU ini memang kita mewujudkan satu grievance mechanism di mana sesiapa yang tidak berpuas hati dengan laporan, boleh melakukan aduan dengan majlis media ini dan majis media boleh mewujudkan jawatankuasa untuk meneliti aduan tersebut dengan satu keputusan sama ada  laporan daripada media organisasi itu adalah tidak etika ataupun mereka tidak melanggar apa-apa etika untuk pengamal media,”

Teo Nie Ching berkata demikan ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Kluang, Wong Shu Qi mengenai status terkini penubuhan Majlis Media Malaysia.

Rang Undang-Undang (RUU) Majlis itu dijangka dibentangkan pada Mac tahun depan di Parlimen.
Setakat ini enam sesi perbincangan telah diadakan bagi memastikan peruntukan  yang dipersetujui dalam kandungan RUU itu jelas, selain mencapai kesepakatan antara semua pihak.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini