comscore
Tumpuan :
Nasional

KKM jangka 6 bulan baik pulih fasiliti terjejas banjir

Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa. – FOTO: Azhar Ramli

Oleh Raja Nurul Antasha Raja Azman

SEGAMAT: Enam fasiliti Kementerian Kesihatan (KKM) terjejas teruk akibat banjir awal Mac lalu dijangka siap dibaik pulih dalam tempoh enam bulan.

Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa berkata, melalui penilaian awal, enam fasiliti itu melibatkan lima klinik desa dan satu klinik kesihatan di Segamat.

“Untuk seluruh Johor kita sudah buat anggaran tentang kerosakan. Jumlah kerosakan di fasiliti-fasiliti kesihatan kita anggarkan sebanyak RM1.8 juta. Kos baik pulih fasiliti kita anggarkan sebanyak RM750,000.”

Tambah beliau, KKM giat mengenalpasti lokasi baharu bagi memindahkan fasiliti kesihatan yang terdedah bencana seperti banjir dan kemalangan.

Beliau berkata demikian kepada media ketika meninjau Klinik Desa Kampung Tengah, Segamat yang terjejas akibat banjir awal Mac lalu.

Sementara itu, KKM sedia mempertimbangkan cadangan agar kementerian itu mengubah sistem pekerja perubatan berstatus kontrak bagi meningkatkan kualiti di sektor itu.

Namun pandangan itu memerlukan penilaian dan penelitian menyeluruh.

Terdahulu, Pakar Perubatan Kesihatan Awam dan Epidemiologist, Datuk Dr Zainal Ariffin Omar menyarankan kerajaan perlu mewujudkan sistem yang bebas daripada Jabatan Perkhidmatan Awam JPA dan Kementerian Kewangan agar kebajikan kumpulan berkenaan dapat ditambah baik.

Loading...
Terkini