comscore
Tumpuan :
Nasional

KKR kenalpasti 38 ‘projek sakit’ seluruh negara 

Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad pada sidang media selepas Majlis Perasmian Penyerahan Projek Klinik Kesihatan Mata Ayer, di Machang, Kelantan, hari ini.

MACHANG: Sebanyak 38 daripada 717 projek sedang dalam pembinaan di bawah selian Kementerian Kerja Raya di seluruh negara dikategorikan sebagai ‘projek sakit’.

Timbalan Menterinya Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata, pihak kami sentiasa memantau projek berkenaan supaya ia disiapkan mengikut jadual meskipun dikategorikan ‘sakit’ disebabkan mengalami kelewatan pembinaan melebihi 20 peratus.

Jelas beliau, walaupun ada projek yang terhenti seketika, ia masih diteruskan dengan menasihati kontraktor supaya mengatasi masalah berkenaan  bagi mengelakkan daripada pembayaran denda kerana kelewatan sehingga menjejaskan pihak kontraktor yang terbabit.

“Terdapat pelbagai kategori projek sakit termasuk projek ‘Central Spine Road’ (CSR).

“Antara faktornya disebabkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi projek yang bermula 2019 dan kekurangan tenaga buruh ketika pandemik Covid-19 serta isu lot tanah yang perlu dipindah milik,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Penyerahan Projek Klinik Kesihatan Mata Ayer, di sini, yang dirasmikan oleh Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa, hari ini.

Dalam perkembangan sama, Abdul Rahman berkata, secara keseluruhan terdapat 72 projek di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang dalam pembinaan dilaksanakan mengikut penjadualan.

Loading...
Terkini