comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Kontena di atas kapal kargo terbakar

 

SHAH ALAM: Beberapa kontena di atas sebuah kapal kargo yang dalam pelayaran ke Pelabuhan Klang terbakar dekat sini awal pagi tadi.

Dalam satu kenyataan, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Wan Md Razali Wan Ismail  memaklumkan, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu jam 1.30 pagi.

Insiden itu membabitkan kapal KMTC Shenzhen di kawasan lebih kurang enam batu nautika barat daya Pulau Pintu Gedong.

”Proses pemadaman sedang dijalankan melibatkan bebeberapa agensi termasuk Jabatan Laut dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia” katanya,

Kebakaran melibatkan beberapa kontena atas kapal kargo dalam pelayaran ke Pelabuhan Klang,

Tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam kejadian itu.

Loading...
Terkini