comscore
Tumpuan :
Nasional

KPK, MOF, FELDA diarah bantu penoreh getah terjejas

Oleh: Siti Khadijah Jaafar

JEMPOL: Perdana Menteri mengarahkan Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) untuk meneliti mekanisme yang dapat membantu penoreh getah di seluruh negara dalam meningkatkan taraf ekonomi mereka.

Menurut Datuk Seri Anwar Ibrahim, satu mesyuarat khas juga telah diadakan antara Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof yang juga Menteri Perladangan dan Komoditi, Kementerian Kewangan (MoF) dan Felda.

“Semalam saya bermesyuarat, dapat pandangan daripada Felda, Kementerian Pertanian dan Komoditi dan Timbalan Perdana Menteri, kita minta MoF teliti semula,teliti bagaimana boleh kita bantu sementara penoreh getah yang hadapi masalah dan percayalah, saya tak berdiam diri, saya akan cari jalan untuk tambah lagi bantuan kepada pekebun kecil getah,” katanya.

Beliau berucap pada Majlis Perasmian Karnival Segalanya Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) di Dataran Seri Jempol Felda Wilayah Raja Alias, Negeri Sembilan, petang tadi.

Hadir sama Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun, Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil dan Pengerusi Felda, Datuk Seri Shabery Cheek.

Tegas Perdana Menteri, kerajaan sentiasa berusaha membantu pekebun getah yang terkesan dengan harga komoditi itu yang turun naik di pasaran sejak beberapa tahun lalu.

Ia termasuk harga semasa getah beku yang jatuh ke paras RM2.50 sekilogram dan disifatkan kurang memuaskan.

Loading...
Terkini