comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] KPM akan keluarkan garis panduan baharu aktiviti luar kelas

KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan (KPM) akan mengeluarkan satu garis panduan baharu berkaitan dengan aktiviti di luar kelas.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, garis panduan itu yang akan dikeluarkan tidak lama lagi antara lain membenarkan pelajar melakukan aktiviti luar kelas pada waktu tertentu.

“Kita dah keluarkan garis panduan baharu dan boleh PJ (pendidikan jasmani) balik. Tapi (buat aktiviti) sebelum panas la,” katanya dalam satu video tular di TikTok.

Menerusi rakaman video selama 30 saat itu, seorang pelajar bertanyakan kepada Fadhlina kenapa masih tidak boleh lakukan aktiviti di luar kelas.

Dengan nada berseloroh, Fadhlina memaklumkan keputusan itu diambil oleh pihaknya kerana keadaan negara kini yang sedang mengalami cuaca panas melampau.

Sebelum ini, Fadhlina meminta semua institusi pendidikan di bawah kementerian untuk tangguhkan aktiviti luar membabitkan pelajar, guru dan pensyarah berikutan cuaca panas serta kering berpanjangan yang sedang melanda negara.

Antara aktiviti itu termasuklah merentas desa, kawad, sebarang sukan dan permainan, perkhemahan serta aktiviti pengajaran dan pembelajaran (PdP) di luar bilik darjah.

Selain menangguhkan aktiviti luar kelas, Fadhlina turut memberikan kelonggaran khas kepada pelajar dan guru untuk memakai pakaian atau baju sukan yang sopan semasa cuaca panas bagi mengelakkan sebarang komplikasi kepada kesihatan.

Jelasnya, pemakaian tali leher juga tidak diwajibkan bagi murid yang memakai pakaian seragam.

Loading...
Terkini