comscore
Tumpuan :
Nasional

KPM hargai usaha guru cipta inovasi dan tingkatkan pembangunan sekolah dan murid

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek menyampaikan hadiah kepada Muhammad Nazmi Rosli diumumkan pemenang Malaysia Teacher Prize 2023 pada Majlis Anugerah Malaysia Teacher Prize 2023 di Sime Darby Convention Center Bukit Kiara. – FOTO: NSTP

Oleh: Shuhadah Marzuki

KUALA LUMPUR:  Kementerian Pendidikan (KPM) menghargai serta mengiktiraf sebarang inovasi serta usaha guru dalam membantu meningkatkan potensi murid sama ada dalam kurikulum mahupun ko-kurikulum.

Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, komitmen guru-guru terbabit sentiasa mendapat perhatian KPM  terutama inovasi yang mampu memajukan sistem pendidikan negara terutama sekolah di pedalaman termasuk Sabah dan Sarawak.

Kata Fadhlina lagi, KPM juga masih meneruskan komitmen mengurangkan jurang pendidikan di pedalaman termasuk Sabah dan Sarawak dengan memberi fokus utama kepada sekolah daif, selaras dengan Belanjawan 2024.

“Kita nak keseimbangan itu berlaku dan bila kita bercakap dengan pembangunan kokurikulum dan pembangunan sahsiah ia termasuk juga dengan pembangunan-pembangunan infrastruktur,” katanya dalam sidang media Majlis Anugerah Malaysia Teacher Prize 2023 di ibu negara.

Komitmen guru Sekolah Kebangsaan Long Sebangang, Sarawak, Muhammad Nazmi Rosli yang juga pemenang Malaysia Teacher Prize 2023 antara contoh guru yang bukan sahaja memberi inspirasi kepada guru-guru lain malah membuktikan beliau mampu memberi khidmat bakti yang cukup tinggi.

Muhammad Nazmi yang juga guru Bahasa Inggeris dipilih sebagai pemenang kerana usahanya mendidik murid-murid di sekolah dengan membuat latihan simulasi bilik darjah.

Anak muridnya diperkenalkan kepada pengalaman kehidupan lazim seperti memasuki kedai dobi atau menaiki kapal terbang dengan hanya menggunakan bahan kitar semula.

Beliau yang sebagai pelopor Kelab Filpen, filem pendek, berkata beliau juga memberi ruang kepada muridnya untuk mengekspresikan diri mereka melalui pembikinan filem pendek yang antaranya filem ‘Teether’ yang berjaya ke Festival Filem Horror Unleashed di Portugal.

Loading...
Terkini