comscore
Tumpuan :
Nasional

KPM naik taraf 384 institusi seluruh negara sebagai Pusat Kecemerlangan Pendidikan

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.

KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan (KPM) sedang menaik taraf 384 institusi pendidikan di seluruh negara untuk dilengkapi dengan kemudahan digital bagi dijadikan Pusat Kecemerlangan Pendidikan (COE) pada tahun ini.

Menterinya, Fadhlina Sidek berkata kerja menaik taraf di kesemua institusi terlibat termasuk Pusat Kegiatan Guru (PKG) adalah bagi usaha pembudayaan digital dengan pembekalan studio digital dan hab pembuatan digital untuk memantapkan kemahiran dan kompetensi guru.

“Jadi sebab itu kita mengangkat dan mengambil inisiatif menambah baik pusat kegiatan guru ini di 384 (tempat) dalam usaha kita mempersiapkan pusat kecemerlangan ini,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Anugerah ’Digital Utilisation and Technology’ (DUTA) Peringkat Kebangsaan tahun 2023 dan melancarkan pameran MyDigitalMaker Fair (MDMF) 2024 di Pusat Sains Negara di sini hari ini.

Turut hadir timbalannya, Wong Kah Woh dan Pengerusi Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), Syed Ibrahim Syed Noh.

Menurut Fadhlina, pusat kegiatan guru dan pusat-pusat yang terkait rapat dengan teknologi ini akan dilengkapi dengan bahan digital dan menjadi pusat tumpuan untuk para guru meningkatkan kompetensi mereka dan anak-anak murid.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini