comscore
Tumpuan :
Nasional

Kuala Klawang alami gangguan bekalan air

 

Syarikat Air Negeri Sembilan (SAINS)

JELEBU: Hujan berterusan sejak semalam, menyebabkan sebahagian besar kawasan di Kuala Klawang mengalami gangguan bekalan air dan tekanan air rendah.

Syarikat Air Negeri Sembilan (SAINS) menerusi hebahan di aplikasi ISAINS nya memaklumkan ia berikut terdapat masalah ‘intake’ Ulu Kemin yang tersumbat selain kekeruhan air mentah tinggi di Loji Rawatan Air Kuala Klawang serta paras air kolam utama yang rendah.

Kadar kekeruhan air yang tinggi menyebabkan pengeluaran air terawat terpaksa dikurangkan daripada kebiasaan.

Antara kawasan terjejas adalah Ulu Klawang, Kampung Kemin, Kampung Tembun, Pekan Kuala Klawang, Mengkan, Kampung Kuala Klawang, Taman Dato’ Ombi, Kampung Jelebu, Kampung Sawah Liat.

Kawasan lain adalah Kampung Chepom, Kampung Gabai, Bandar Tinggi, Jalan Mampat, Kampung Ulu Jelin, Simpang Gelami, Kampung Kelembang, Kampung Jelebu Tengah, Kampung Pergai, Kampung Petaseh.

Turut terjejas Petaling, Rumah Murah Petaling, Taman Cengal, Kampung Sepam Triang, Jalan Malik Kampung Sungai Legum, Kampung Gagu, Kampung Ulu Gagu, Taman KSM, Rumah Rakyat Larong, Kampung Mengkan Dalam, Masjid Jamek Kuala Klawang, Jalan Perpustakaan, Bukit D. O, Peradong dan Kerangai.

Bagaimanapun tidak dinyatakan bila bekalan akan pulih sepenuhnya namun beberapa kawasan tinggi dijangka akan mengalami tempoh pemulihan yang lebih lama sebaik bekalan pulih seperti biasa.

Loading...
Terkini