comscore
Tumpuan :
Nasional

Kuala Terengganu dilanda banjir kilat

Losong antara kawasan terjejas banjir.

KUALA TERENGGANU: Beberapa kampung di Kuala Terengganu dilanda banjir kilat ekoran hujan lebat sejak malam tadi.

Antara kawasan terjejas ialah Kampung Durian Burung, Manir, Chendering, Kuala Ibai dan Losong.

Fenomena air pasang juga mendorong kepada situasi banjir di Kampung Losong.

Penduduk panik apabila rumah mereka dinaiki air dengan cepat sehingga ke paras lutut .

Bagaimanapun, air mula surut kira-kira jam 7.00 pagi tadi.

Di beberapa kampung lain, berlaku banjir termenung berikutan sistem perparitan tidak sistematik termasuk di kawasan Bandaraya Kuala Terengganu.

Penduduk yang tinggal di kawasan berisiko terutama yang tinggal berhampiran Sungai Terengganu kini berada dalam keadaan berjaga-jaga.

Mereka bimbang jika hujan lebat berterusan sehingga esok akan menyebabkan rumah mereka dinaiki air lagi.

Masing-masing sibuk membuat persedian untuk berpindah jika diarahkan oleh pihak berkuasa.

Sementara itu kampung Kepah di Hulu Terengganu turut dilaporkan dinaiki air.

Bagaimanapun tiada pusat pemindahan sementara (PPS) secara rasmi dibuka setakat ini.

Loading...
Terkini