comscore
Tumpuan :
Nasional

Kuarantin wajib OKU dikecualikan caj hotel

KUALA LUMPUR: Kerajaan hari ini memutuskan untuk mengecualikan caj hotel bagi golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) yang perlu menjalani kuarantin wajib selepas pulang ke tanah air.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata keputusan itu dimuktamadkan pada Mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN), pagi tadi.

“Mesyuarat hari ini, bersetuju mengecualikan bayaran kepada golongan OKU, selain daripada itu warga negara semua kena bayar 50 peratus.

“Sementara itu, bagi peserta Malaysia My Second Home (MM2H0), mereka perlu menanggung sepenuhnya,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Loading...
Terkini