comscore
Tumpuan :
Nasional

Kumpulan pertama 282 jemaah haji tiba di Makkah

Ketua Rombongan Haji 1445H/2024, Datuk Seri Syed Salleh Syed Abdul Rahman meyantuni kumpulan pertama jemaah haji Malaysia. Gambar fail.

MAKKAH: Kumpulan pertama seramai 282 orang jemaah haji Malaysia, selamat tiba di sini selepas enam hari berada di Madinah.

Tujuh buah bas yang membawa jemaah dari kumpulan KT01 itu tiba jam 5.30 petang (waktu tempatan) di Hotel Abraj Al Janadiriyah, yang turut menjadi Ibu Pejabat Lembaga Tabung Haji (TH) di Makkah.

Ketibaan para jemaah haji itu, disambut oleh pihak pengurusan Tabung Haji termasuk Ketua Rombongan Haji 1445H/2024, Datuk Seri Syed Salleh Syed Abdul Rahman dan Timbalan Ketua Rombongan Haji Kebajikan, Mohamed Heikal Mohamed Yusuff serta pihak pengurusan Mashariq.

Satu lagi kumpulan jemaah haji iaitu kumpulan KT02 yang terdiri daripada 281 orang, dijangka akan tiba pada 8 malam ini.

Kesemua 563 jemaah haji ini dijadual akan dibawa menunaikan umrah secara berperingkat pada malam dan subuh nanti. – BERNAMA

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini