comscore
Tumpuan :
Nasional

KWAP dijangka rekodkan RM6 bilion nilai pelaburan tahun ini

Oleh: Juliana Sharin

KUALA LUMPUR: Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) dijangka merekodkan sekurang-kurangnya RM6 bilion nilai pendapatan pelaburan tahun ini.

Timbalan Menteri Kewangan, Steven Sim berkata ia hasil mandat yang diberikan kerajaan kepada badan berkenaan untuk mencapai pulangan pelaburan secara optimum, bertujuan meningkatkan dana caruman.

“Kerajaan memberikan mandat kepada KWAP untuk mencapai pulangan pelaburan optimum untuk meningkatkan pertumbuhan dana KWAP membantu kerajaan dalam pembiayaan kos dan faedah persaraan kepada pesara sektor awam,” katanya di Dewan Negara.

Beliau menjelaskan KWAP sebenarnya tidak membayar dividen kepada kerajaan.

Bagaimanapun, dana terkumpul KWAP boleh digunakan untuk tujuan pembiayaan tanggungan tahunan kerajaan bagi kakitangan awam menerusi mekanisma pengeluaran dana seperti tertakluk dalam peruntukan sub seksyen 13(5) Akta 662.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini