comscore
Tumpuan :
Nasional

Lapor jika ada akaun media sosial salah guna nama Agong, Raja Permaisuri

FOTO: Sultan Ibrahim / Facebook

PETALING JAYA: Orang ramai digesa untuk melaporkan kepada mana-mana platform media sosial yang berkenaan, sebarang akaun yang menyalahgunakan nama Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah atau Keluarga DiRaja Johor.

Menurut hantaran dikongsikan Facebook rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, penyamaran dan salah guna identiti merupakan kesalahan di sisi undang-undang dan tindakan sewajarnya akan diambil berdasarkan lunas yang ditetapkan.

Dalam hantaran itu, turut disertakan satu tangkap layar akaun Facebook atas nama ‘Ibrahim Ibni Allmarhumm’ yang disahkan sebagai akaun palsu dan menyamar menggunakan identiti  Yang di-Pertuan Agong.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini