comscore
Tumpuan :
Nasional

Lazada bina masa depan e-Dagang berdaya tahan bersama jenama terkemuka di LazMall

Pemenang anugerah LazMall Gala 2023 bersama Ketua Pegawai Eksekutif Lazada Malaysia, Alan Chan dan Ketua Pegawai Perniagaan Lazada Malaysia, Molly Thanida. – FOTO Lazada

Oleh: Hanis Aliaa Hidzir

Acara berprestij LazMall Gala Dinner 2023 anjuran Lazada Malaysia yang berlangsung baru-baru ini telah mengumpulkan ratusan rakan strategik Lazada Malaysia dan peneraju industri.

Majlis yang bertemakan ‘Much Achieved, More to Come’ ini merupakan inisiatif Lazada untuk mengiktiraf dan menghargai pencapaian cemerlang dan kejayaan memberangsangkan jenama antarabangsa dan tempatan serta rakan perniagaan LazMall.

Ketua Pegawai Eksekutif Lazada Malaysia, Alan Chan berkata, prestasi cemerlang LazMall pada tahun lepas mencerminkan pertumbuhan yang kukuh dengan peningkatan trafik sebanyak 1.4 kali ganda dan pertumbuhan jumlah pesanan sebanyak lima kali ganda.

Lantaran keunikannya, LazMall turut berjaya menarik lebih banyak pelanggan, dengan peningkatan jumlah pembeli aktif bulanan (monthly active buyer) sebanyak lebih daripada 3.5 kali ganda di seluruh Asia, dari tahun 2019 hingga 2022.

“Ini adalah indikasi positif bahawa ramai pengguna kini merupakan pelanggan setia Lazada yang sentiasa berulang kembali ke LazMall untuk membeli produk tulen berjenama, berkualiti tinggi dan menginginkan pengalaman membeli-belah dalam talian yang mengasyikkan di LazMall.

“Malahan, melalui kerjasama strategik dengan rakan jenama, kami akan mengoptimumkan 80 peratus daripada pelaburan platform demi memacu kategori teras dan produk rangkaian utama.

“Setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah diucapkan kepada semua pemenang anugerah tahun ini.

“Saya yakin bahawa dengan usahasama tersebut, kita akan terus mara ke tahap yang lebih tinggi dalam usaha membina masa depan eDagang yang berdaya tahan dan ekosistem perdagangan digital yang lebih dinamik.

“Kita telah mengharungi pelbagai cabaran, namun kita berjaya sukses bersama, dan yang pastinya terdapat lebih banyak kejayaan yang mampu dicapai bersama-sama pada masa akan datang,” kata Alan.

Majlis tersebut turut menyoroti usahasama dinamik antara Lazada dan pihak berkepentingan LazMall dalam menyediakan pengalaman membeli-belah dalam talian yang unik dan lain daripada yang lain kepada pelanggan di Malaysia.

Acara gemilang tersebut turut mempamerkan impak dan nilai usahasama dinamik di antara Lazada Malaysia dan pihak-pihak berkepentingan LazMall dalam menawarkan pengalaman membeli-belah dalam talian yang menceriakan kepada para pelanggan di seluruh Malaysia.

The Estée Lauder Companies Malaysia, peneraju jenama mewah seperti Estee Lauder, La Mer, Clinique, Origins, M.A.C, Bobbi Brown, Jo Malone London dan Tom Ford Beauty masing-masing dengan kedai rasmi jenama mereka di LazMall telah diiktiraf dengan anugerah Outstanding Achievement Award (Anugerah Pencapaian Cemerlang).

Anugerah berprestij Brand Partner of the Year (Rakan Jenama Gemilang) pula dimenangi oleh L’Oreal Malaysia-Singapore, dengan jenama terkemuka seperti L’Oreal Paris, L’Oreal Professional, Lancome, Shu Uemura, Biotherm, Kerastase, Maybelline dan Garnier di bawah naungan kumpulan syarikatnya.

Di samping itu, Nike merangkul penghargaan keemasan dengan anugerah Most Loved Sportswear Brand Partner; dan Dyson membawa pulang anugerah Most Loved Electronic Brand Partner.

Jenama tempatan terkemuka yang berjaya mengorak kegemilangan di persada global seperti HABIB bersama-sama dengan Pandora telah menerima anugerah Most Loved Homegrown Brand Partner.

Manakala jenama premium dengan akar umbi kebanggaan Malaysia seperti OGAWA pula memenangi anugerah Most Loved Lifestyle Brand Partner, dan Signature Market telah diiktiraf sebagai Most Loved Grocery Brand Partner.

Sementara itu, Watsons diraikan sebagai Most Loved Beauty Brand Partner, Clarks sebagai Most Loved Fashion Brand Partner, dan PediaSure menerima anugerah Most Loved Mother & Baby Brand Partner.

Kinohimitsu turut menerima pengiktirafan Most Loved Health & Beauty Brand Partner. Kimberly-Clark pula diiktiraf dengan anugerah Marketing Excellence; MONTIGO tampil menerima Rising Star Award; dan ClickAsia diraikan sebagai Lazada Partner of the Year.

Pengguna aplikasi Lazada mencuba ‘Skin Test Technology (Teknologi Ujian Kulit)

Lazada turut mengintegrasikan teknologi terkini seperti fungsian LazBeauty yang dikuasakan oleh kecerdasan buatan (AI) dan realiti terimbuh (AR) ke dalam aplikasinya yang mesra pengguna bagi memacu kemajuan dan inovasi teknologi.

Kod QR LazBeauty

Ciri-ciri seperti ‘Virtual Try-On’ dan ‘Skin Test Technology’, membolehkan pengguna aplikasi Lazada menggunakan kamera telefon pintar mereka untuk mencuba diagnosis kulit bagi mengenalpasti produk penjagaan kulit yang bersesuaian berdasarkan isu kulit.

Dalam pada itu, penghargaan dan pengiktirafan yang dianugerahkan semasa LazMall Gala 2023 adalah bukti bahawa Lazada amat komited dalam membina platform eDagang yang lebih dinamik melalui kerjasama dengan jenama tempatan dan antarabangsa, di samping memperkasakan ribuan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) di Malaysia, lantas mengukuhkan ekonomi digital negara.

Para pengguna di seluruh Malaysia juga akan dihujani dengan ganjaran cepumas di aplikasi Lazada (sila imbas kod QR di bawah) serta diskaun durian runtuh yang dibawakan khas oleh jenama terkemuka serta penjual tempatan sempena Jualan Tahunan Terbesar 11.11 Lazada.

Loading...
Terkini