comscore
Tumpuan :
Nasional

Lebuhraya DASH, SPRINT tutup, pengguna diminta guna laluan alternatif

Foto: Facebook/ PROLINTAS

KUALA LUMPUR: Lebuhraya Bertingkat Damansara-Shah Alam (DASH) dan Lebuhraya Sistem Penyuraian Trafik Kuala Lumpur Barat (SPRINT) akan ditutup pada 5 November ini sempena penganjuran Anak Sarawak (AS) Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) DASH Penchala Link Tunnel Night Run.

Justeru pengguna diminta menggunakan laluan alternatif berikutan penutupan sementara jalan di dua lebuh raya tersebut.

Ketua Pengarah LLM, Datuk Mohd Shuhaimi Hassan berkata penutupan di beberapa laluan bagi kedua-dua lebuh raya ini akan dilaksanakan secara berperingkat pada seawal jam 9 pagi pada 5 November hingga jam 5 pagi pada 6 November.

“Pengguna disarankan menggunakan laluan alternatif yang dicadangkan untuk ke destinasi-destinasi tertentu berikutan susulan penutupan beberapa laluan di Lebuhraya DASH dan SPRINT.

Foto: Facebook/ PROLINTAS

“Pengguna yang melalui Lebuhraya DASH pada hari larian berlangsung akan dilencongkan ke Persimpangan Persiaran Surian (susur keluar) iaitu selepas Plaza Tol (RRIM) Kwasa Damansara.

“Kesemua laluan yang ditutup di Lebuhraya DASH akan dibuka semula kepada pengguna pada jam 5:01 pagi manakala laluan yang terlibat di Lebuhraya SPRINT akan dibuka semula kepada pengguna pada jam 1.01 pagi, 6 November 2022,” katanya

Menurut beliau, penutupan lebuhraya DASH yang terlibat bermula dari Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP), Penchala Link dan Jalan PJU 7/9 ke Lebuhraya DASH akan ditutup pada jam 9 pagi pada 5 Nov sehingga 5 pagi pada 6 November.

Selain itu, beberapa lebuhraya DASH seperti Persiaran Surian, Persiaran Kenanga, Persiaran Mahogani dan Jalan PJU 8/1 Damansara Perdana akan ditutup pada jam 6 petang sehingga 5 pagi.

Mohd Shuhaimi berkata, pengguna lebuh raya juga dinasihatkan membuat perancangan perjalanan terlebih dahulu.

Loading...
Terkini