comscore
Tumpuan :
Nasional

Lelaki dan anak saudara dikhuatiri hilang selepas keluar memburu

FOTO: NSTP

TAWAU: Seorang lelaki dan anak saudara dipercayai hilang selepas keluar memburu sejak 6 hari lalu.

Mangsa dikatakan memburu di kawasan hutan berhampiran Ladang OP 6 Usahawan Borneo Brumas, dekat sini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau, Jemishin Ujin berkata, pihaknya menerima panggilan daripada polis berhubung kehilangan lelaki berumur 33 bersama anak saudaranya berumur 11 tahun itu pada jam 8.56 pagi tadi.

Menurutnya, berdasarkan maklumat mangsa dikatakan keluar memburu secara berkumpulan seramai lapan orang sebelum berpecah kepada beberapa kumpulan ketika di dalam hutan.

“Bagaimanapun kedua-dua mangsa dilaporkan hilang dan gagal dikesan selepas beberapa hari berada di dalam hutan.“Usaha mengesan dan mencari mangsa dilakukan oleh rakan-rakannya namun kedua-duanya masih belum dijumpai,” katanya.

Jemishin berkata, Pasukan Bomba yang tiba di lokasi kejadian kira-kira 11.50 pagi kemudiannya melancarkan operasi mencari dan menyelamat SAR yang turut dibantu anggota polis dan penduduk setempat.

Loading...
Terkini