comscore
Tumpuan :
Nasional

Pemuda autisme hilang di Papar ditemukan selamat

PAPAR : Lelaki autisme yang dilaporkan hilang di Kampung Sumbiling Mogon, akhirnya ditemukan selamat malam tadi.

Muhd Nuh Ibrahim Mohd Eddie Bahrin, 24, ditemukan oleh orang awam kira-kira 35 kilometer dari lokasi di laporkan hilang.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Papar, Rozlan Osman berkata, mangsa kini bersama keluarganya.

“Ahli keluarga mangsa datang ke BBP Papar dan melaporkan mangsa (Muhd Nuh) ditemukan oleh orang awam di Kampung Benoni dalam keadaan selamat.

“Mangsa kemudian diserahkan kepada ahli keluarganya,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya, operasi mencari dan menyelamat (SAR) ditamatkan pada jam 9.17 malam.

Terdahulu,  Muhd Nuh dilaporkan hilang di Kampung Sumbiling Mogon.

Kehilangan Muhd Nuh disedari oleh bapanya kira-kira 7 pagi.

Pasukan bomba yang menerima panggilan jam 5.15 petang segera menjalankan operasi SAR untuk mencari mangsa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini