comscore
Tumpuan :
Nasional

Lelaki dikhuatiri lemas ketika cuci kaki di sungai

FOTO: JBPM

Oleh: Safwan Sawi

PAPAR: Seorang lelaki dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam sungai di Batu Bandung Daingin, Kimanis.

Mangsa Jebenoh Antonny berusia 31 tahun, dipercayai tergelincir dan jatuh ke dalam sungai ketika ingin mencuri kakinya.

FOTO: JBPM

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 6.17 petang semalam sebelum sepasukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kimanis digerakkan ke tempat kejadian.

“Pasukan bomba menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang turut disertai Unit Anjing Pengesan (K9).

FOTO: JBPM

“SAR diteruskan hari ini, namun belum ada sebarang penemuan dan sebarang maklumat akan dikemas kini dari semasa ke semasa,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Operasi SAR turut disertai polis dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia.

FOTO: JBPM
Loading...
Terkini