comscore
Tumpuan :
Nasional

Lelaki dikhuatiri lemas ketika memancing

Foto hiasan

IPOH: Seorang lelaki dikhuatiri lemas selepas bot dinaikinya karam di Empangan Chenderoh di Kampung Chenderoh dekat Kuala Kangsar, semalam.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kangsar menerima panggilan bagi operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa, Muhammad Khairul Rusydan, 30, pada 5.32 petang.

“Anggota bomba tiba di lokasi kejadian kira-kira setengah jam kemudian. Bot itu dikatakan karam akibat ribut ketika mangsa dan seorang rakannya sedang memancing di situ.

“Namun, rakannya berjaya diselamatkan oleh pemancing lain yang berada berhampiran mereka,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sabarodzi berkata SAR yang ditangguhkan pada 8 malam tadi disambung semula pada 8 pagi ini.

“Pencarian membabitkan kekuatan 54 orang terdiri daripada anggota JBPM, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Sukarelawan Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam, Tenaga Nasional Berhad serta nelayan darat dengan menggunakan 17 bot,” katanya.– BERNAMA

Loading...
Terkini