comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Mayat warga Singapura yang lemas ditemui

KOTA TINGGI: Mayat seorang warga Singapura yang hilang ketika mandi di pantai Desaru Coast, Pengerang petang semalam berjaya ditemui kira-kira 5 kilometer dari lokasi dilaporkan hilang, awal pagi tadi.

Mayat mangsa yang dikenali sebagai Isaac Kelvin Tan Lee Thong, 49 ditemui orang awam di pantai One kira-kira jam 5.30 pagi tadi.

Menurut kenyataan Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan bomba dan penyelamat Johor, susulan penemuan itu operasi carilamat telah dihentikan.

Foto: JBPM Johor

Katanya, mayat mangsa telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Tengahari semalam mangsa dilaporkan hilang ketika mandi di pantai bersama seorang remaja dipercayai anaknya yang berumur 16.

Remaja berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan orang ramai.

Seramai 17 anggota bomba dari BBP bandar Penawar dibantu BBP Sungai Rengit dan PPDA BBP Mersing terbabit dalam operasi carilamat diketuai Penolong Kanan Penguasa Bomba, Masri Ibrahim.

Ketika kejadian bendera merah dikibarkan sebagai amaran melarang orang ramai mandi dikawasan pantai kerana arus kuat susulan monsun timur laut yang sedang melanda sekarang.

Loading...
Terkini