comscore
Tumpuan :
Nasional

Lelaki direman kemuka butir matan palsu di Melaka

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan reman seorang individu kerana disyaki mengemukakan senarai nama pekerja yang tidak wujud yang mengandungi butir matan palsu membabitkan tuntutan berjumlah kira-kira RM250,000 kepada PERKESO dibawah Pelan Jana Semula Ekonomi (PENJANA 2.0).

Menurut sumber, suspek lelaki berusia 54 tahun itu dipercayai ditahan di Pejabat SPRM Melaka malam semalam ketika diminta hadir untuk memberikan keterangan.

Sumber berkata, suspek merupakan pengurus syarikat sokongan pembuatan industri dipercayai telah mengemukakan tuntutan palsu kira-kira lebih RM250,000 pada tahun 2020 sehingga 2022.

Suspek dihadapkan di Mahkamah Majistret Ayer Keroh pada pagi ini dan Majistret Mazana Sinin membenarkan permohonan reman selama tujuh hari bermula hari ini sehingga 22 Mei 2023.

Sementara itu, Pengarah Kanan Siasatan SPRM, Datuk Seri Hishamuddin Hashim ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan.

Loading...
Terkini