comscore
Tumpuan :
Kemalangan

[VIDEO] Lelaki maut, kereta terbabas langgar tiang elektrik

 

KOTA TINGGI: Seorang lelaki berusia 30-an maut apabila kereta dipandunya terbabas lalu melanggar tiang elektrik Tenaga Nasional Berhad (TNB), pagi tadi.

Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Tinggi menerima panggilan kecemasan berhubung kemalangan terbabit jam 7:21 pagi.

Enam anggota bomba kemudian dikerah ke tempat kejadian.

Menurut komander operasi, Pegawai Bomba Kanan II Ibrahim  Wahid, mangsa yang mengalami kecederaan di bahagian kepala disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM).

Identiti mangsa belum dikenal pasti.

Mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Loading...
Terkini