comscore
Tumpuan :
Nasional

Lelaki maut terjatuh ketika cari madu lebah

FOTO: Ihsan PDRM

GUA MUSANG: Seorang lelaki maut apabila terjatuh dari pokok tualang ketika mencari madu lebah di dalam hutan Kampung Meranto di Gua Musang, Kelantan tengah malam tadi.

Mangsa, Abdullah Che Nah, 35, dipercayai jatuh pada ketinggian 30 meter dan ditemui tertiarap di atas banir pokok tualang oleh dua rakannya.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, mengikut siasatan awal pada jam 12.18 tengah malam, mangsa yang berasal dari Kampung Kerinting itu, bersama dua lagi rakannya pergi ke Kampung Meranto untuk mengambil madu lebah.

Katanya, mangsa yang juga bekerja sebagai buruh kampung memanjat pokok tualang setinggi kira-kira 30 meter untuk mendapatkan madu lebah yang menjadi sumber pendapatannya.

FOTO: Ihsan PDRM

“Ketika proses mengambil madu lebah mangsa tiba-tiba terjatuh di atas akar banir pokok tualang terbabit.

“Rakan-rakannya pergi ke arah mangsa yang tertiarap, namun diadapati tidak sedarkan diri sebelum hadir ke Balai Polis Bertam untuk membuat laporan polis,” katanya dalam satu kenyataan.

Hasil pemeriksaan disekeliling tempat kejadian dan bahagian tubuh badan mangsa mendapati tiada sebarang unsur jenayah.

Katanya, pihak Klinik Bertam Baru sampai ke lokasi dan mengesahkan mangsa telah meninggal dunia.

“Mayat mangsa dibawa ke Hospital Gua Musang untuk proses bedah siasat sebelum diserahkan kepada ahli keluarga untuk dikebumikan.

“Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya.

Loading...
Terkini