comscore
Tumpuan :
Nasional

Lelaki patah tangan, cedera terjatuh ketika mandi di air terjun 

Foto: Ihsan Bomba

YAN: Seorang lelaki patah tangan kanan dan cedera di muka akibat terjatuh ketika sedang mandi di air terjun Seri Perigi, di sini hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Yan, Penolong Penguasa Bomba Norhamidi Ali berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 5.19 petang.

Beliau berkata, mangsa yang berusia 20-an kemudian dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

“Ini adalah kejadian kedua berlaku dalam tahun ini di kawasan rekreasi Seri Perigi Yan.

“Kami menasihatkan kepada pengunjung supaya menjaga keselamatan ketika melakukan aktiviti di kawasan air terjun kerana pelbagai kemungkinan perkara yang tidak diingini boleh berlaku,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Norhamidi berkata, orang ramai juga diharap supaya sentiasa berhati-hati dengan keadaan cuaca yang tidak menentu ketika ini.

Loading...
Terkini