comscore
Tumpuan :
Nasional

YB Kota Siputeh cedera selepas terbabit nahas

Perodua Aruz yang dipandu oleh ADUN Kota Siputeh terbabas memasuki longkang.- Foto ihsan PDRM

ARAU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Siputeh, Mohd Ashraf Mustaqim Badrul Munir cedera selepas terbabit dalam nahas jalan raya di Jalan Padang Chempa-Changlun, di Pauh, di sini semalam.

Dalam kejadian jam 9.05 malam itu, ahli politik berusia 37 tahun itu sedang memandu menuju ke arah Arau.

Ketua Polis Daerah Arau, Superintendan Ahmad Mohsin Md Rodi berkata, semasa kereta mangsa melalui Jalan Ulu Pauh-Arau, mangsa terlanggar sisi sebuah lori dari jenis Mitsubishi Fuso.

“Ketika melewati lokasi kejadian, mangsa terlanggar sebuah lori yang di parkir di kaki lima jalan dalam kedudukan melintang ke kaki lima di kiri jalan.

“Oleh kerana jarak sudah terlalu dekat, mangsa gagal mengelak menyebabkan mangsa terlanggar bahagian sisi kiri belakang lori itu,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Katanya, kejadian itu menyebabkan kereta mangsa terbabas sebelum memasuki ke dalam longkang denai di kaki lima jalan sebelah kiri.

“Mohd Ashraf mengalami kecederaan luka ringan di bahagian mulut manakala pemandu lori berusia 66 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Mangsa kemudian dibawa dan dirawat di Hospital Pakar KPJ Perlis kerana mengadu pening kepala,” katanya.

Loading...
Terkini