comscore
Tumpuan :
Nasional

Lelaki pukul kepala pemandu wanita ditahan polis

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki yang tular kerana memukul kepala seorang pemandu wanita ketika dalam perjalanan dari Cameron Highlands menuju ke Tapah, Perak, petang semalam sudah ditahan polis.

Video berdurasi 59 saat itu memaparkan seorang lelaki berbaju merah keluar daripada kereta PROTON Persona dipandunya dan mengetuk cermin kenderaan di belakangnya sebelum memarahi pemandu wanita serta memukul kepala mangsa.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang itu, pemandu wanita berusia 24 tahun berkenaan dilemparkan kata-kata kesat oleh lelaki itu sebelum kepalanya dipukul.

Difahamkan lelaki itu sudah ditahan sebentar tadi dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tapah untuk tindakan lanjut.

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Yusri Hassan Basri dikatakan akan mengeluarkan kenyataan berhubung perkara itu.

Loading...
Terkini