comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Beruang matahari berkeliaran berhampiran padang golf ditangkap


KUALA TERENGGANU: PERHILITAN Terengganu menangkap seekor beruang matahari di Kampung Telaga Batin, Kuala Nerus, semalam.

Pengarahnya, Loo Kean Seong berkata, beruang matahari betina seberat 65 kilogram (kg) sebelum itu kelihatan berkeliaran berhampiran sebuah padang golf di Tok Jembal, Kuala Nerus.

Beliau berkata, pihaknya menerima aduan pertama pada Selasa lalu dan pada hari sama unit kawalan hidup liar ke lokasi bagi menjejak haiwan terbabit.

Katanya, pihaknya memasang perangkap pada Rabu lalu di Kampung Telaga Batin, Kuala Nerus dan semalam haiwan liar terbabit memasuki perangkap pada jam 7.15 pagi.

“Program Translokasi mengambil masa selama tujuh jam bermula kira-kira jam 10 pagi dan tamat kira-kira jam 5 petang.

“Beruang matahari betina itu dianggarkan berusia lima tahun dan dilepaskan ke habitat asal,” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini