comscore
Tumpuan :
Nasional

Lelaki warga emas maut akibat kereta langgar pokok

Oleh: Selwam Arjunan

GEORGE TOWN: Seorang warga emas maut dalam kemalangan jalan raya selepas kereta dinaikinya melanggar pokok di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu, Jelutong, petang tadi.

Mangsa Ang Kah Hin, 65 tahun, disahkan meninggal dunia di lokasi kemalangan.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 4.11 petang dan jentera pertama tiba di lokasi pada jam 4.23 petang.

“Pemeriksaan di lokasi mendapati kemalangan membabitkan sebuah kereta jenis Perodua Alza dan pemandunya mengalami kecederaan pada bahagian kepala akibat melanggar pokok.

Mangsa juga tersepit di ruangan pemandu dalam keadaan tidak sedarkan diri,” katanya dalam satu kenyataan.

Ujarnya, anggota bomba mengambil masa kira-kira 10 minit untuk mengeluarkan mangsa dari kenderaan menggunakan peralatan khas.

Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi oleh kakitangan Kementerian Kesihatan (KKM) akibat cedera parah.

Mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan operasi tamat pada jam 4.45 petang.

Loading...
Terkini