comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Lelaki warga Indonesia maut diserang gajah liar 

 

GUA MUSANG: Pekerja ladang yang juga lelaki warga Indonesia maut diserang seekor gajah liar di kawasan ladang getah Upayapadu Plantation Berhad, Sungai Bayu, Gua Musang, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.45 malam, mangsa, Sandra Kirana Sinaga, 39, dijumpai terbaring tidak sedarkan diri selepas dipercayai diserang gajah liar (Elephas maximus).

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, pihak Balai Polis Paloh 2 menerima makluman mengenai satu kes kematian berkaitan serangan gajah pada jam 12.14 tengah malam.

“Mayat mangsa telah diserahkan kepada pihak polis untuk dibawa kepada Unit Forensik Hospital Gua Musang bagi proses bedah siasat.

“Siasatan lanjut masih diteruskan dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya.

Tambahnya, pihak polis mengingatkan supaya tiada mana-mana individu membuat sebarang spekulasi dan menghormati keluarga.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kelantan mengesahkan mangsa maut diserang gajah liar.

Katanya, pihaknya menerima makluman kejadian yang berlaku pada jam 10 malam dan sampai di lokasi kejadian kira-kira 11.15 malam.“

“Mengikut rekod aduan, Pejabat PERHILITAN Daerah Kuala Krai sudah menerima 12 aduan gangguan gajah liar sepanjang tempoh 2019 hingga 2023 di ladang tersebut dan kawasan sekitarnya.

Beliau juga memaklumkan sepanjang tempoh 2019 hingga 2023, pihaknya sudah berjaya menangkap dan memindahkan sebanyak 90 ekor gajah konflik di Negeri Kelantan.

Katanya, gajah liar yang sering menimbulkan Konflik Manusia – Gajah di Ladang Upayapadu adalah dari kumpulan yang berasal dari Hutan Simpan Lebir yang dianggarkan lebih kurang 30 ekor.

“Pihak kami mengambil langkah proaktif untuk mengurangkan Konflik Manusia-Gajah dikawasan terlibat melalui pelbagai tindakan termasuk Operasi Tembak Halau, Operasi Kawalan, Pemantauan dan Khidmat Nasihat serta Operasi Tangkap Pindah,” katanya.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini